Sunday, 24 February 2013

Cita-cita Tinggi

Hello Sayang-sayang semua.

First off, Cik Lijah nak tunjuk wet suits. Dulu Cik Lijah dan BFF bercita-cita tinggi nak jadi dive master. Nak bawa diri ke pulau-pulau yang indah, nak menyelam bersama-sama ikan dan bercita-cita tinggi ada diving partner yang awesome macam Remy Ishak or Hans Isaac. Tapi itu semua tinggal kenangan. Disebabkan Cik Lijah busy kerja and traveling, Cik Lijah takde masa nak dedicate for diving. So, daripada Cik Lijah memendam perasaan tengok wet suit tergantung je dalam almari, baik lah Cik Lijah offer wet suit to kat uols kan. Wet suit ada 2 sizes. Cik Lijah punye size L, BFF Cik Lijah punye size XL (BFF Cik Lijah lagi kembang setaman daripada Cik Lijah. Shhhh..). Warna dan design dua2 wet suits adalah sama iaitu grey and purple. Kiranya stylista lah kalau pakai. Kalah ikan-ikan yang berwarna warni di lautan tu... So, check it out lah ye. PM Cik Lijah kalau berkenan.




Eminent Wet Suits
- 2 sizes available.
- size L is brand new. Never worn before. 
- size XL has been worn once only (during practice session at deep pool Shah Alam). 
- still in superb condition. 
- both wet suits were purchased at RM380 each. 
- both wet suits have the same colours (as shown in the pictures, the colours are 2 shades of grey and purple with black knee patch).  
- material: neoprene 80%, nylon 20%.

Selling at: 
RM350 (for size L - brand new)
RM300 (for size XL - wore once) 

Saturday, 23 February 2013

Starting a New Life

Cik Lijah dah penat lah tengok banyak baju-baju lama Cik Lijah yang cantik-cantik lagi tapi tak boleh pakai dah. Huhu. Sebabnya dulu Cik Lijah size M (kadang-kadang size S pun lepas) and now Cik Lijah nak mengembang sampai reach size XXL! Geram ke tak geram tu uols... Setiap kali bibik-bibik datang kemas rumah Cik Lijah every weekend, Cik Lijah sedekah baju-baju yang boleh bibik-bibik tu pakai. Tapi... baju-baju yang fancy, vogue dan ala-ala Kim Kardashian collections tu takkan lah Cik Lijah nak kasi bibik-bibik tu kan.. So, Cik Lijah nekad. Nekad nak get rid of the baju bajan yang berlambak tu. Ermmm... uoals tengok lah collections Cik Lijah ni yea. Mana tahu kot-kot ada yang sesuai ngan uols.

Baju bajan Cik Lijah ni digayakan oleh mannequin yang boleh fit size S, M, L dan XL. Tapi Cik Lijah akan letak some descriptions (brand/tailor-made, size dan material) kat bawah every baju. Tapi ada jugak baju bajan yang dah lama sangat dan takde size or material description. Tapi takpe. Bila uols dah identify baju mana berkenan di hati, sila lah PM Cik Lijah. Cik Lijah akan kasi details berkenaan size contohnya macam labuh dan lebar baju. Ada juga baju yang tak perfect condition dia contohnya ada marks sikit, atau butang tercabut. Kes-kes macam ni, Cik Lijah akan bagi harga knocked down (diskaun beribu-ribu lemon gitu). Mana tahu... bila uols dah dapat baju tu, uols ada creative idea camane nak repair baju tu. Ok tak? 

Ok sayang-sayang Cik Lijah semua.. selamat mem-browse koleksi Cik Lijah ye. Tata!